Kekayaan PETRONAS tidak pernah di rasai oleh rakyat.

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 6/06/2008 11:15:00 PG in | comments (0)

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Malaysia merupakan negara pengeluar hasil minyak dan mempunyai keuntungan yang berlipat ganda namun kekayaannya walaupun cebis tidak dinikmati sepenuhnya oleh rakyat jelata, malah semakin hari semakin dihimpit dengan kos sara hidup dan beban yang tinggi.

Malaysia kaya kerana keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan Petronas setiap tahun. Petronas mencatatkan keuntungan kira-kira RM35.5 billion pada tahun kewangan 2004-2005 iaitu satu kadar yang jika dibahagi jumlah warganegara Malaysia maka setiap individu akan memperolehi RM1,500 seorang bagi setahun.

Keuntungan ini tidak termasuk RM3.12 billion yang dibayar kepada kerajaan dalam bentuk cukai, duti dan pembayaran royalti. Dan adalah dijangkakan bagi tahun berakhir 2005-2006 pula pendapatan ini akan mencecah RM50 billion bermakna setiap rakyat Malaysia akan menerima RM2,000 seorang, menurut tulisan tuntelanai blog tahun lalu. Malah Penasihat Petronas Tun Dr Mahathir Mohamed menyatakan bahawa keuntungan Petronas melebihi RM70 billion dan kerajaan yang sedia ada 'melimpah wang'.

Sungguhpun begitu perbelanjaanya dilihat tidak bertunjangkan kepada kebajikan rakyat dan seringkali dibelanjakan dengan tidak cermat, dibazirkan, tidak digunakan secara berhemah untuk membantu rakyat yang miskin dan daif.

Bayangkan menurut pendedahan Ketua Menteri Pulaua Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini Petronas membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysian Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.

Difahamkan Okestra ini dianggotai oleh hanya lima peratus dari kalangan rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah pemain muzik yang diimpot malah konduktor orkestra dibayar RM130,000 dan pembantunya RM50,000 sebulan dilihat lebih mahal dari elaun Menteri-menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia.

"Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat,sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang dari satu peratus rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada?," kata Roslan Sms yang menyiarkan pendedahan itu dalam blognya.

Pemerhati politik berpendapat wang Petronas banyak sekali dihabiskan melalui projek-projek yang tidak menguntungkan rakyat dan dilihat hanya menguntungkan pemimpin Umnodan kroni-kroninya seperti disenarai di bawah :

i. Membail-outkan Bank Bumiputra (kini CIMB) dua kali bernilai RM4.86 billion akibat pengurusan bank tidak ada integriti salah urus dan melonggarkan syarat-syarat pemberian pinjaman yang besar kepada kroni-kroni yang tidak dibayar balik pinjaman

ii. Membeli bon kerajaan sendiri bernilai RM3.8 billion.

iii. Membina gelanggang Formula 1 berharga RM286 juta dan setiap kali ada perlumbaan Petronas akan menjadi hostnya berbillion ringgit dikeluarkan.

iv. Beli HICOM (Proton) berharga RM999.4 juta dan selesaikan hutang RM1,299.6 juta.

v. Membangunkan Putrajaya dan MSC berharga RM22 billion

vi. Membail-outkan MAS sebanyak RM668.8 juta

vii. Penubuhan Dana Harta sebagai modal permulaan sebanyak RM4.56 billion

viii. Membina KLCC berharga RM1.8 billion. Maintenance sebulan bernilai RM95,000.00, setahun sudah menjadi RM108 juta

ix.Membina KLIA sebanyak M9 billion, peruntukan tahunan sebanyak RM900 juta dan penyelengaraan sebulan RM75 juta.

Semua yang berlaku ini dilihat hanya untuk menyelamatkan dan mengkaya pemimpin semata-mata termasuk mengekalkan kuasa yang sedia ada.

Akibat daripada itu rakyat dibebankan dengan kenaikan harga petrol tertinggi dalam sejarah tanah air pada Rabu lalu yang mana kenaikan ini turut mempengaruhi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran, diikuti kenaikan kadar tarif elektrik.Kenaikan ini menyebabkan kehidupan rakyat tertekan dan dihimpit dengan kemiskinan yang melampau.

Ketika harga minyak di pasaran antarabangsa meningkat sampai USD130.00 setong menyebabkan kantung Petronas juga turut mendapat keuntungan kerana Malaysia juga merupakan salah sebuah negara pengeksport minyak dunia yang terkenal (menjadi ahli OPEC), tetapi nasib rakyat Malaysia amat malang mendapat pemimpin yang tidak cekap mengurus dana negara.

Apakan tidak, sepatutnyalah harga minyak diturunkan, tetapi dengan tiba-tiba arahan dikeluarkan untuk menarik balik subsidi minyak kononnya kerajaan tidak mampu lagi dan ramai yang membuat kesimpulan sejak Petronas ditubuhkan pada tahun 70an, rakyat tidak pernah menadapat manfaat dan menikmati kekayaan hasilnya.

Kenaikan Minyak, Alasan kerajaan tidak boleh di terima

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 6/06/2008 10:00:00 PG in | comments (0)

Pengumuman Kerajaan ke atas kenaikan 40% harga minyak amat mengecewakan seluruh rakyat sehingga mereka berasa tertipu kononnya kerajaan simpati dengan beban yang ditanggung rakyat di atas kenaikan harga barang.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ini pasti akan melonjakkan lagi harga barang tanpa mampu dibendung dan ditanggung rakyat.

Katanya, alasan basi kerajaan bahawa kenaikan tersebut adalah akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi, tidak dapat diterima rakyat.

Tambahnya, bukan setakat itu sahaja kenyataan bercanggah beberapa menteri berkenaan jumlah subsidi minyak banyak menimbulkan persoalan.

Tegasnya, Dato' Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion.

Apatah lagi katanya, menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru, rakyat menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat berkata, rakyat dimaklumkan bahawa kos explorasi syarikat minyak hanyalah sekitar USD30 setong berbanding harga minyak mentah USD130 setong.

"Ini bermakna margin syarikat pengeluar minyak hampir USD100 setong dan syarikat pengeluar minyak ini mendapat keuntungn luar biasa sejak tiga tahun kebelakangan," katanya dalam satu kenyataan.

Persoalannya tegas beliau, kenapakah kerajaan tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak tetapi memilih untuk menaikkan harga petrol dan membebankan rakyat?

"Kami yakin harga petrol RM1.92 seliter bukan sahaja boleh dikekalkan malah boleh diturunkan jika kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak, syarikat pengeluar minyak kelapa sawit, syarikat pengeluar besi dan syarikat pengeluar simen bagi menampung kos subsidi. Kenapakah kepentingan syarikat-syarikat ini lebih diutamakan dan rakyat terus terbeban?" katanya.

Wan Azizah juga berkata, Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter.

Katanya, membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura, Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan.

"Kami menggesa kerajaan menimbangkan semula keputusan menaikkan harga petrol. Kerajaan seharusnya prihatin ke atas rakyat Malaysia yang rata-rata membelanjakan hampir 25% pendapatan mereka ke atas pengangkutan," tegasnya.

Justeru, jelas beliau, setelah membayar cukai yang amat tinggi untuk membeli kenderaan dan membayar tol untuk melalui lebuh raya kini rakyat terpaksa pula membayar kos petrol yg begitu tinggi.

"Kita kesal kerajaan sanggup membelanjakan hampir RM40 billion untuk "double tracking railway project" yang menghubungkan Padang Besar-Johor Baru tetapi berdalih untuk membelanjakan RM13 hingga RM15 billion bagi subsidi petrol,", katanya.

"Kenapa tidak digunakan RM40 billion itu untuk membina lingkaran LRT yang komprehensif bagi membaiki sistem kenderaan awam sebagai usaha mengurangkan penggantungan kepada petrol?" jelasnya. - mns

Harakah Daily.net

Kalendar Hijrah

Jumlah Pelawat

free hit counter

Ekslusif

Foto saya
Telah belajar di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Bedong, Kedah dari tingkatan 1 hingga 6 dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam bidang Pengajian Islam Syariah. Sekarang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Pengikut

Ruangan Ukhwah