Data Bukti Kerajaan Selesa Dengan Kenaikan Harga Minyak Mentah.

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 6/27/2008 11:19:00 PG in | comments (0)

Data daripada Bank Negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara membuktikan bahawa Kerajaan sebenarnya selesa dan mewah akibat kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Data Pembedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi

• Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.
• Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 1.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.
(Data di atas diperolehi dari sumber Pembedaharaan Negara dan boleh di lihat umum di http://www.treasury.gov.my/view.php?ch=24&pg=183&ac=1443&fname=attachment&dbIndex=0).



Kenaikan pendapatan kerajaan ini adalah berkait rapat dengan keuntungan besar yang diperolehi oleh syarikat Petroleum terutamanya Petronas yang mengaut keuntungan terus daripada kenaikan harga pasaran minyak mentah dunia.

Bagaimanapun, Data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara akibat daripada kenaikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Data Bank Negara menafikan hakikat yang cuba diutarakan oleh kerajaan bagi menaikan harga bahan bakar untuk kenderaan di Malaysia.

(Data Bank Negara boleh di lihat di http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2007/11/pdf/6.3.pdf)

(Walaupun data berakhir pada tahun 2006, tetapi kita boleh bayangkan trend di antara kenaikan harga minyak dan peningkatan perolehan kerajaan apabila pasaran minyak mentah dunia terus melonjak pada tahun 2007 dan 2008.)



Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar, subsidi bahan makanan dan lain-lain.

Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B sedangkan mulai 2006 desas-desus dalam kerajaan untuk menamatkan pemberian subsidi bahan bakar mula timbul.

Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.

Kerajaan membiarkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak mentah dunia sebaliknya kerajaan menikmati perolehan yang amat positif dari kenaikan itu.

Sebalikanya data-data dari kerajaan jelas menunjukkan kerajaan sebenarnya mampu dengan selesa menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel dengan meningkatkan subsidi setanding dengan peratusan kanaikan perolehan kerajaan.

Sebaliknya, kerajaan bertindak menaikan harga minyak. Rakyat dijanjikan dengan menanggung sendiri beban kenaikan harga minyak, kerajaan akan mempertingkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk menerusi pembiayaan projek-projek yang mampu meringankan beban rakyat. Malangnya, walaupun terpaksa menanggung beban kenaikan harga minyak, rakyat tidak pula dapat menikmati janji-janji kerajaan itu. Projek-projek kerajaan yang diumumkan sering dibatalkan dan pembayar cukai dipaksa pula membayar ganti rugi akibat pembatalan kontrak-kontrak oleh kerajaan.

Apa yang jelas lagi bersuluh, beban rakyat bukanlah disebabkan kenaikan harga minyak tetapi disebabkan kebebalan dan sikap tidak bijak Kerajaan yang diterajui oleh Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Usul minyak jadi usul politik PM

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 6/27/2008 11:16:00 PG in | comments (0)

Usul kenaikan harga petroleum dan harga barangan yang sepatutnya menjadi medan untuk kepentingan rakyat sebaliknya menjadi usul politik mempertahankan kedudukan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Akhbar, media elektronik dan internet aliran kerajaan melaporkan kedudukan Perdana Menteri belum tergugat hasil daripada keputusan usul tersebut jelas mengambarkan usul itu semata-mata berkepentingan politik bukan kerana rakyat.

Usul tersebut dibentangkan secara tiba-tiba oleh kerajaan melalui Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahril Abdul Samad, di Dewan Rakyat yang mula bersidang semalam.

Tindakan Perdana Menteri mencadangkan usul tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai langkah menutup malu apabila terdapat anggota ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri yang akan membuat usul undi tidak percaya kepada beliau dalam sesi sidang Parlimen kali ini.

Bagaimanapun dua ahli Parlimen Parti Maju Sabah (SAPP) tidak hadir pada sidang semalam kerana didakwa diugut pihak tertentu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Usul tersebut mendapat sokongan 129 undi setuju dan 78 membantah setelah dibuat undi belah bahagian.

Sokongan terhadap usul tersebut tidak memberi gambaran jelas bahawa ia merupakan keputusan rakyat kerana wakil rakyat BN mengundi berdasarkan sokogan kepada pemimpin mereka bukan untuk kepentingan rakyat.

Wakil rakyat BN ketika itu menjadi ahli Parlimen kepada BN dan bukan bertindak membuat keputusan atas kapasiti mereka sebagai wakil rakyat kawasan mereka.

Sekiranya hendak mencapai keputusan yang adil terhadap usul tersebut kerajaan sepatutnya memberi tempoh seminggu sebelum usul itu dibentangkan.

Wakil rakyat pula perlu membuat referendum di kawasan mereka. Keputusan pungutan suara itu yang perlu dibawa oleh wakil rakyat tersebut ke sidang Dewan Rakyat dan menjadikan keputusan tersebut sebagai undi ahli parlimen kepada usul kenaikan harga minyak dan harga barang.

Keputusan tersebut lebih adil demi menjaga kepentingan rakyat bukan undi menyokong berdasarkan mereka sebagai wakil rakyat BN dan menjadi peraturan tetap menyokong apa yang diputuskan kerajaan walaupun dalam hati di kalangan mereka ada yang tidak bersetuju.

Oleh yang demikian keputusan undi terhadap usul kenaikan harga minyak dan barangan merupakan keputusan politik Abdullah bukan usul kepentingan rakyat.

Selain itu rakyat mempersoalkan kenapa usul tersebut dibentangkan selepas kerajaan menaikkan harga minyak?

Sekiranya benar kerajaan BN amat prihatin dengan rakyat sepatutnya usul tersebut dibentangkan sebelum kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga minyak.

Sebagaimana yang disuarakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyifatkan usul tersebut sudah terlambat.

Sambil melahirkan kekesalan terhadap usul yang lewat itu beliau berkata bahawa kerajaan sepatutnya membawa usul itu sebelum pengumuman harga minyak dibuat (4 Jun).

“Dewan Rakyat jadi ‘rubber stamp’ untuk mengiakan apa sahaja yang diputuskan oleh kerajaan sedangkan sebarang keputusan kerajaan ini sebenarnya keperitannya ditanggung oleh rakyat,” ujar Presiden PAS itu.

Sebelum itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP Bagan) turut menyelar tindakan kerajaan mengemukan usul tersebut selepas kerajaan menganiaya rakyat terlebih dahulu dengan kenaikan harga minyak.

“Langkah kerajaan ini sebenarnya menghumban rakyat kepada kemiskinan yang melampau, malah pendekatan yang dikatakan untuk mengurangkan beban rakyat ini adalah satu langkah ‘ad hoc’ dan terdesak.

“Kenapa tidak kerajaan memikirkan langkah ini dahulu sebelum mengumumkan kenaikan harga minyak,” ujarnya.

Usul tersebut dibentangkan selepas sesi soal jawab dan dibahaskan selama enam jam. Undi belah bahagian dibuat pada pukul 7 malam.

Rakyat bagaimanapun tidak mendapat maklumat penuh berhubung perbahasan tersebut sama ada ucapan wakil rakyat kerajaan atau pembangkang untuk dinilai tentang kebenaran berpihak kepada kerajaan ataupun pembangkang.

Kalau kerajaan boleh mengadakan siaran langsung temu bual Pengerusi Petronas malah dibuat siaran ulang tayang berkali-kali sama ada televisyen kerajaan mahupun swasta sepatutnya sebagai memenuhi kepentingan rakyat perbahasan tersebut sebaiknya disiar di televisyen walaupun secara rakaman.

Bagaimanapun rakaman tersebut tidak perlu diedit atau dipotong mana-mana hujah yang kuat daripada pihak pembangkang. Apakah kerajaan bersedia berbuat demikian?

Jika kerajaan bersedia berbuat demikian barulah usul tersebut boleh didakwa untuk kepentingan rakyat sebaliknya bukan dimanipulasi demi survival politik Abdullah sebagaimana laporan media tempatan lebih kepada keputusan undi usul itu tetapi bukan kandungan perbahasan.

BN mempunyai 140 ahli Dewan Rakyat, termasuk dua timbalan yang dipertua, sementara pembangkang mempunyai 82 wakil.

Empat ahli Parlimen pembangkang yang tidak hadir antara yang dikenal pasti ialah Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dan Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong).

Ahli Parlimen BN yang tidak hadir seramai 11 orang termasuk dua wakil BN daripada SAPP, Chua Soon Bui (Tawau) dan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar).

Sembilan lagi wakil rakyat BN ialah Raime Unggi (Umno-Tenom), James Dawos Mamit (PBB-Mambong), Tiong Thai King (Supp-Lanang), Zulhasnan Rafique (Umno-Setiawangsa), Ahmad Zahid Hamidi (Umno-Bagan Datoh), Dr Rais Yatim (Umno-Jelebu), Rafidah Aziz (Umno-Kuala Kangsar), Radzi Sheikh Ahmad (Umno-Kangar) dan Tengku Azlan Abu Bakar (Umno-Jerantut)

Usul Minyak:129 Ahli Parlimen BN Berpakat Zalimi Rakyat!

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 6/27/2008 11:15:00 PG in | comments (0)

129 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), di parlimen semalam telah berpakat untuk menyokong usul Kerajaan BN berkenaan penstrukturan semula subsidi minyak dan isu kenaikan harga barang. Usul itu dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan dibahaskan selama tujuh jam dari pukul 12.30 tengah hari oleh seramai 18 wakil rakyat iaitu sembilan daripada BN dan sembilan wakil pembangkang, antaranya Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Usul itu pada mulanya dipersetujui diputuskan melalui undi persetujuan suara semasa sidang dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua, Ronald Kiandee.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen pembangkang bertegas mahukan pengundian dijalankan melalui belah bahagi berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat Perkara 44 (3) dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mempengerusikan mesyuarat selepas itu bersetuju dengan cadangan pembangkang.

Kesemua 78 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hadir menolak usul berkenaan demi memperjuangkan tuntutan rakyat agar harga minyak diturunkan.

Rakyat yang memerhati dari luar kamar parlimen pastinya berasa amat kecewa dengan sikap sombong dan zalim pemimpin BN yang secara membabi buta menyokong usul yang dikemukakan walaupun rakyat dikawasan parlimen mereka juga merasai keperitan kenaikkan harga minyak yang melampau kali ini.

Inilah natijahnya bila rakyat memberikan sokongan majoriti kepada BN bagi menguasai parlimen. Arahan ketua Whip dan Perdana Menteri BN menjadi satu arahan yang wajib didengar. Walaupun ada kalangan ahli parlimen BN yang tidak bersetuju dengan dasar ini seperti Mukhriz, tapi mereka enggan menolaknya demi menjaga periuk nasi mereka.

Harga minyak dinaikkan lebih awal pada 4 Jun lalu sebelum persidangan Parlimen dan tindakan membawa usul berkaitan dengan kenaikkan ini seumpama satu tindakkan menghina rakyat yang kini terhimpit. Memang memalukan, kerana harga minyak naik dulu sebelum diluluskan diparlimen. Ini adalah satu tindakan yang tidak demokratik dan drakonian kerana suara rakyat dan wakilnya langsung tidak diendahkan.

Perdana Menteri BN juga sebelum ini melarang rakyat berdemontrasi dan anggota polis dikerah mengawal bantahan rakyat. Pergerakkan dan kebebasan rakyat dikongkong. Ini menjadikan rakyat semakin tidak selesa dan tertekan. Inilah hadiah dari BN atas usaha sebahagian rakyat yang masih kabur dan enggan menukar Kerajaan pada pilihanraya lalu.

Disaat rakyat Selangor bergembira dengan khabar pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu oleh kerajaan PAKATAN, seluruh negara tegar bermuram durja atas kezaliman BN! tahniah penyokong BN. Anda telah masukkan pasir dalam periuk nasi SENDIRI!

Dan jangan lupa, ANDA juga BERDOSA pada seluruh rakyat yang tertindas kerana undi anda pada BN! ANDA juga tergolong dari kalangan PENZALIM dan sesungguhnya orang yang ZALIM dan PEMBANTU-PEMBANTU mereka itu akan menerima balasan masing-masing kelak!

Kepada mereka yang telah insaf dan menolak tindakkan BN ini, ayuh sertai bantahan satu juta rakyat di Padang Timor, Petaling Jaya (Depan Amcorp Mall), jam 10 pagi pada 6 Julai nanti.

Sampaikan mesej ini pada semua rakyat untuk bergabung bagi memberikan tekanan pada BN untuk turunkan harga minyak!

Kalendar Hijrah

Jumlah Pelawat

free hit counter

Ekslusif

Foto saya
Telah belajar di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Bedong, Kedah dari tingkatan 1 hingga 6 dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam bidang Pengajian Islam Syariah. Sekarang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Pengikut

Ruangan Ukhwah