TPM Perlu Letak Jawatan Segera- AMK

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 7/16/2008 12:57:00 PTG in | comments (0)

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berterusan mengulangi pembohongan beliau kepada rakyat mengenai hubung kait beliau dengan mendiang Altantuya Sharibuu dan juga keterlibatan beliau sebagai dalang di dalam fitnah terbaru melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Setelah pendedahan menggemparkan yang dibuat oleh penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Baginda, P. Balasubramaniam mengenai hubungan Najib dan Altantuya dan ditambah pula dengan penarikbalikan Akuan Bersumpah yang dikatakan berlaku pada hari ini di dalam masa kurang daripada 24 jam telah membangkitkan lebih banyak tandatanya daripada jawapan mengenai kesahihan penafian Najib Razak bahawa beliau tidak kenal Altantuya.

Keengganan isteri Najib pula, Rosmah Mansor untuk mengheret Raja Petra Kamaruddin ke mahkamah di atas Akuan Bersumpah yang dibuat Raja Petra mengenai keterlibatan Rosmah di dalam pembunuhan mendiang Altantuya juga mewujudkan spekulasi yang sangat serius, apakah benar yang beliau sememangnya terlibat.

Pengakuan Najib bahawa beliau juga turut bertemu Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful juga sekaligus membenarkan dakwaan AMK sebelum ini bahawa konspirasi untuk memalitkan imej dan kareer politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya.

Justeru, siri-siri penipuan ini adalah satu petanda negatif bagi imej seorang Timbalan Perdana Menteri yang kelihatan seringkali cuba melarikan diri daripada persoalan-persoalan yang melibatkan integriti dan maruah negara.

Berdasarkan kepada perkembangan terbaru ini, AMK ingin menggesa agar Najib meletakkan jawatan kerana integriti dan kewibawaan beliau dipertikaikan dan pastinya akan memberikan implikasi negatif kepada imej Negara di mata dunia dan pelabur-pelabur asing.

AMK juga mencabar supaya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan menggantung tugas Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. agar beliau boleh disiasat dan didakwa jika terbukti beliau bersalah.

AMK mendesak supaya tindakan yang disarankan diambil pada kadar segera agar imej negara tidak terus terpalit dengan pelbagai masalah kerana kepimpinan yang lemah dan bankrap moral.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua
Angkatan Muda KeADILan Malaysia

"Inflasi meningkat 4.2 peratus tahun ini" Bank Negara

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 7/16/2008 12:51:00 PTG in | comments (0)

(Bernama) - Inflasi dijangka melepasi 5.0 peratus bulan ini berikutan kenaikan harga bahan api yang diumumkan Rabu, meningkat 4.2 peratus daripada anggaran awal pada 2.5 peratus bagi keseluruhan tahun ini, kata Bank Negara Malaysia.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini berkata inflasi juga dijangkakan memuncak pada suku pertama 2009 sebelum menyederhana pada suku kedua tahun depan kepada kurang daripada 3.0 peratus.

"Bagi separuh pertama 2009, inflasi akan mencecah pada paras 5.3 peratus, dan selepas itu menurun kepada 3.0 peratus. Inilah simulasi awal kami terhadap penyelarasan harga seperti yang ditunjukkan pada asas bulan-ke-bulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-12 di sini.

Beliau berkata kadar inflasi negara secara relatifnya masih rendah berbanding negara lain, dan beliau menggesa Malaysia mengambil kesempatan terhadap situasi semasa dan menyesuaikan dengan keadaan itu.

Zeti juga menolak cadangan kemungkinan kadar faedah meningkat, dengan berkata tidak ada keperluan untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa dasar monetari di luar daripada jadual biasanya.

"Pada masa ini kami akan memantau masalah inflasi dan melihat sama ada terdapat petunjuk kesan pusingan kedua (kenaikan harga bahan api) dan permintaanya, kerana pada masa ini ia akan memberi impak terhadap pertumbuhan, dengan pertumbuhan global kini menyederhana," katanya.

"Oleh itu risiko perkembangan OPR (kadar dasar semalaman) sedang diperhalusi dan dinilai dan pada masa ini kami tidak menganggap perlunya memanggil mesyuarat khas jawatankuasa dasar monetari dan kami akan meneruskan penilaian itu ke masa hadapan," katanya.

Mengenai pertumbuhan negara, Zeti berkata keluaran dalam negara kasar (KDNK) kekal antara 5.0 dan 6.0 peratus.

"Pertumbuhan akan bergantung terhadap apa yang kerajaan lakukan dengan bayaran dan manfaat tunai hasil daripada subsidi yang lebih rendah, serta projek pembangunan.

"Semua ini akan memastikan paras 5.0 peratus akan dicapai," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata beberapa kesan akan wujud ke atas aktiviti penggunaan walaupun unjuran yang lebih rendah itu masih tinggi daripada pertumbuhan penggunaan purata negara.

"Anggaran unjuran awal kami bahawa penggunaan sebenarnya akan berkembang lebih daripada 10 peratus, namun ia mungkin susut 1.0 peratus tahun ini," katanya.

"Oleh itu, tidak banyak penyelarasan ketara dalam penggunaan dan jika ia susut kepada 9.0 peratus, angka itu masih melepasi purata pertumbuhan penggunaan yang kita ada," katanya.

Kalendar Hijrah

Jumlah Pelawat

free hit counter

Ekslusif

Foto saya
Telah belajar di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Bedong, Kedah dari tingkatan 1 hingga 6 dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam bidang Pengajian Islam Syariah. Sekarang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Pengikut

Ruangan Ukhwah