Statistik Kemalangan Jalan Raya(Malaysia).

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 9/23/2008 07:51:00 PTG in |

Selepas menulis tentang Raya, dan Kemalangan Jalan Raya, tergerak dihati untuk mengetahui jumlah kemalangan dan kematian yang telah berlaku sepanjang tahun 2007. Lebih-lebih lagi untuk melihat seteruk mana kemalangan dan kematian yang melibatkan motosikal di Malaysia ini. Memang tidak dapat dinafikan motosikal merupakan kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan dan kehilangan nyawa.

Pada tahun 2006 jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya adalah seramai 6,287 orang. Dari jumlah ini penunggang dan pembonceng motosikal sahaja melibatkan 3,693 orang atau 58.7%. Sementara itu bagi tahun ini sehingga September 2007 jumlah keseluruhan kematian akibat kemalangan jalan raya ialah 4,646 dan penunggang serta pembonceng motosikal sahaja ialah 2,476 atau 53.3%.

Bagi kategori lain setakat September 2007, jumlah kematian yang melibatkan pemandu dan penumpang kereta ialah seramai 1,113 (24%), pejalan kaki 482 (10.4%), penunggang dan pembonceng basikal 141 (3%)pemandu dan kelindan lori 145 (3.1%), pemandu dan kelindan van 101 (2.1%), pemandu dan kelindan pacuan 4 roda 65 (1.4%), pemandu dan penumpang bas 64 (1.4%) dan kenderaan lain 59 (1.3%). Menurut perangkaan bagi 2005 kadar kematian jalan raya adalah 4.2 kematian setiap 10,000 kenderaan berdaftar dan bagi 2006 3.95 kematian setiap 10,000 kenderaan berdaftar.

Perangkaan Kematian Jalan Raya
Kategori
2006
Jan-Sept'06
Jan-Sept'07
Pemandu/Penumpang Kereta
1,215
920
1113
Penunggang/Pembonceng Motosikal
3,693
2,736
2,476
Pejalan Kaki
595
438
482
Penunggang/Pembonceng Basikal
242
183
141
Pemandu/Penumpang Bas
39
26
64
Pemandu/Kelindan Lori
229
174
145
Pemandu/Kelindan Van
103
73
101
Pemandu/Kelindan Pacuan 4 Roda
110
73
65
Lain-lain
61
48
59
JUMLAH
6,287
4,671
4,646
Sumber : PanduCermat

Bagaimanakah jumlah kemalangan dan kematian ini boleh dikurangkan dimasa akan datang? Apakah punca kemalangan jalan raya ini boleh berlaku? Pihak berkuasa boleh mengadakan undang-undang dan menguatkuasakannya, di mana mereka yang tertangkap akan dihukum. Berbagai kempen dan program boleh diatur untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya. Didikan di sekolah dan di rumah juga perlu seiring dalam usaha untuk menjadikan jalan raya lebih selamat.

Pihak kerajaan telah menubuhkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan misi menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai tahap keselamatan jalanraya setaraf dengan negara maju menjelang 2010 iaitu 10 kematian setiap 100,000 penduduk, 2 kematian setiap 10,000 kenderaan berdaftar dan 10 kematian setiap satu billion kilometer perjalanan kenderaan. Objektif jabatan ini diwujudkan adalah sebagai "One Stop Agency" bagi memantau dan menyelaras program keselamatan jalanraya dari aspek Pendidikan, Penguatkuasaan, Kejuruteraan dan Persekitaran.

Walaupun begitu akhirnya bergantung kepada kesedaran dan sikap para pengguna jalan raya itu sendiri. Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat ramah mesra dan berbudi pekertinya tetapi kenapa apabila menggunakan jalan raya bertukar menjadi kurang ajar dan tidak bertimbang rasa? Adakah sistem pendidikan kita yang terlalu menjurus kepada peperiksaan telah mengabaikan aspek-aspek sahsiah diri seorang itu? Mungkin juga ibubapa gagal memupuk nilai-nilai murni kehidupan kepada anak-anak? Sebelum menuding jari kepada sesiapa, cuba kita periksa dulu diri kita, bagaimanakah cara pemanduan kita?

Sama-samalah kita renung-renungkan..

Sehubungan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, bagi mengatasi peningkatan angka kemalangan jalan raya.
Antara enam kesalahan lain yang membolehkan lesen memandu ditahan serta-merta ialah :

• Memandu dengan melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
• Memandu secara melulu dan membahayakan mengikut Seksyen 42 APJ.
• Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa mengikut Seksyen 43 APJ.
• Memandu ketika berada di bawah pengaruh minuman memabukkan atau dadah mengikut Seksyen 44 APJ.
• Memandu atau menjaga kenderaan dengan kepekatan alkohol melebihi had ditetapkan mengikut Seksyen 45A APJ.
• Memandu melebihi 40 kilometer sejam daripada had laju yang ditetapkan mengikut Seksyen 40 dan Seksyen 69 APJ.

Statistik kemalangan jalan raya sepanjang 1 September hingga 20 September 2005 menurut Trafik Bukit Aman

Jumlah kenderaan terlibat dalam kemalangan sepanjang tempoh Januari hingga Ogos 2005

Sumber maklumat : Utusan Malaysia (21, 22 September 2005)
Berita Harian (22 September 2005)
Harian Metro (22 September 2005

0 comments:

Kalendar Hijrah

Jumlah Pelawat

free hit counter

Ekslusif

Foto saya
Telah belajar di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Bedong, Kedah dari tingkatan 1 hingga 6 dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam bidang Pengajian Islam Syariah. Sekarang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Pengikut

Ruangan Ukhwah