Demonstrasi Raksaksa Mahasiswa Mengutuk Kekejaman Rejim Israel.

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 1/23/2009 04:44:00 PG in |

Pada Jumaat 9 Januari 09 yang lalu, lebih 4000 Mahasiswa Islam seluruh Malaysia berjaya dikumpulkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)untuk berhimpun di depan kedutaan Mesir bagi mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Mesir bagi mendesak kerajaan Mesir agar memberi kerjasama dalam membantu rakyat Palestin dan tidak menjadi dalang dalam konflik Israel-Palestin.






























Anak-anak muda dari kalangan mahasiswa dengan berpakaian serba hitam membanjiri kedutaan negara yang menjadi sekutu kuat Israel tersebut bagi menyatakan ketidakpuasan hati atas pendirian Perdana Menteri Mesir, Husni Mubarak yang bersifat kronisme kepada Israel dan pakatan Zionis Laknatullah.

Demontrasi tersebut telah berjaya membabitkan semua Persatuan Mahasiswa Islam dan NGO Mahasiswa dari seluruh Malaysia, khususnya dari GAMIS peringkat negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia. Turut sama menjayakan demontrasi ini adalah Solidariti Mahasiswa Malaysia, Pro Mahasiswa Nasional, PKPIM dan beberapa mahasiswa antarabangsa.



Demontrasi aman tersebut berakhir pada pukul 4.00 petang dalam keadaan hujan.

0 comments:

Kalendar Hijrah

Jumlah Pelawat

free hit counter

Ekslusif

Foto saya
Telah belajar di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Bedong, Kedah dari tingkatan 1 hingga 6 dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam bidang Pengajian Islam Syariah. Sekarang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Pengikut

Ruangan Ukhwah