KERAJAAN SALAH GUNA MAHKAMAH UNTUK SEKAT HAK RAKYAT

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 7/15/2008 09:08:00 PG in |

Kenyataan Media (14 Julai 2008)

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius pendekatan baru yang sering digunakan oleh regim BN untuk menyekat hak rakyat dengan memperalatkan mahkamah sejak kebelakangan ini. Dalam beberapa tindakan sebelum ini, BN telah mengunakan polis untuk menyekat kebebasan rakyat untuk berhimpun seperti yang dijamin oleh Perlembagaan, tetapi selepas langkah itu tidak berkesan terutama apabila kes-kes berkaitan perhimpunan rakyat tidak berpihak kepada kerajaan. Sejak kebelakangan ini, polis mula menggunakan saluran mahkamah untuk menafikan hak rakyat berhimpunan secara aman.
Dalam kes terbaru, rakyat merancang menghadiri persidangan Parlimen untuk memberikan sokongan kepada usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang bagi membincangkan isu kelemahan kerajaan kerana ia melibatkan kepentingan ramai. Ia bukan satu perhimpunan haram yang boleh menjejaskan ketenteraman awam, sebaliknya rakyat hanya mahu melihat sendiri bagaimana kerajaan BN yang lemah itu dijatuhkan. Rakyat patut diberikan hak untuk mengikuti persidangan Dewan Rakyat kerana ia melibatkan wakil rakyat, yang secara tidak langsung bersabit dengan kepentingan rakyat. Perbuatan menyekat rakyat untuk menghampiri Parlimen samalah seperti kita menyekat nelayan menghampiri pantai, sedangkan itulah punca rezeki mereka.
Persoalan membenar atau menyekat hak rakyat ini telah lama diperkatakan, bahkan semenjak 1998 rakyat bercakap tentang penafian hak mereka oleh kerajaan BN melalui Akta Polis. Tetapi yang menjadi persoalan hari ini bagaimana institusi kehakiman yang selama ini menjadi pelindung hak rakyat turut menjadi jentera regim BN bagi menindas rakyat. Inikah yang dikatakan pemulihan institusi kehakiman oleh Datuk Zaid Ibrahim atau ia hanyalah satu ’pemulihan imej’ sang Perdana Menteri menjelang hari-hari terakhir pemerintahannya. Nampaknya, pendekatan baru ini lebih zalim daripada cara Tun Dr Mahathir yang pernah digelar rakyat sebagai ”Mahazalim” dahulu.
DPP Pusat berpandangan bahawa regim zalim BN sekarang ini sudah melampaui batas setelah kuasa mereka disentap oleh rakyat dalam pilihan raya lepas. Pak Lah sebagai pemimpin yang sedang tersepit, membuat apa sahaja termasuk menafikan hak rakyat. Beliau sedar rakyat sedang marah ekoran kenaikan harga minyak dan kegagalan beliau mentadbir negara dengan cekap. Skandal terbaru yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibahim dan Datuk Seri Najib Razak seolah-olah satu drama yang diplot untuk menyelamatkan politik beliau. Hari ini rakyat pula disekat daripada memberikan sokongan kepada usaha menjatuhkan beliau, tetapi malangnya yang diperalatkan ialah mahkamah.
SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

0 comments:

Kalendar Hijrah

Jumlah Pelawat

free hit counter

Ekslusif

Foto saya
Telah belajar di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Bedong, Kedah dari tingkatan 1 hingga 6 dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam bidang Pengajian Islam Syariah. Sekarang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Pengikut

Ruangan Ukhwah