PERALIHAN KUASA 2010: NAJIB DAPAT CEK KOSONG

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 7/15/2008 09:10:00 PG in |

Kenyataan Media (13 Julai 2008)

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan taktik licik terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kononnya telah menyetujui satu pelan peralihan kuasa antara beliau dengan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Razak dilakukan pada 2010. DPP Pusat berpandangan pelan peralihan ini hanyalah satu helah politik Pak Lah bagi menghadapi pemilihan Umno pada Disember ini setelah mendapati dirinya mungkin dicabar sama ada oleh Najib atau Tengku Razaliegh. Pengumuman pelan ini adalah satu strategi untuk mengurangkan musuh sekaligus membolehkan Pak Lah membentuk pasukan dengan Najib bagi berhadapan dengan Ku Li.
Pak Lah yang selama ini terkenal sebagai ’Mr Clean’ telah terpalit dengan pelbagai dosa semenjak beliau menjadi Perdana Menteri. Isu-isu yang melibatkan bekas isterinya dalam kempen ’Satu Suami Satu Isteri’, anaknnya yang kini menjadi antara 10 orang terkaya di Malaysia, anak perempuannya yang aktif bersama Sister in Islam, serta menantu kesayangannya yang dikatakan menguasai Tingkat Empat Jabatan Perdana Menteri. Pak Lah sendiri juga sudah kehilangan keyakinan rakyat yang ditunjukkan melalui pilihan raya baru-baru ini. Kemudian, apabila beliau gagal menangani isu inflasi, krisis makanan dan harga minyak, ketidakyakinan itu turut melibatkan ahli-ahli Umno dan komponen BN seperti SAPP yang mengumumkan tidak percaya lagi kepada Pak Lah. Tindakan bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Besar Kedah keluar dari Umno turut menggambarkan hakikat yang sama.
Kini Pak Lah terpaksa mencari jalan untuk mengurangkan musuh di luar dan di dalam Umno. Di luar Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin mendapat kepercayaan rakyat untuk menggugat Pak Lah, di dalam Umno, Ku Li sudah mencanang gendang untuk merebut jawatan Presiden. Najib sendiri masih berdiam diri, tetapi dijangka turut berbuat demikian sebelum dipintas oleh Ku Li atau Anwar. Dr Mahathir pula berterusan mengajak rakyat dan ahli Umno menjatuhkan Pak Lah. Inilah realiti yang dihadapi oleh Pak Lah sehingga beliau sanggup merangka satu pelan peralihan bagi meredakan tekanan tersebut, terutama bagi mengurangkan musuh dan meredakan kemarahan ahli Umno.
Tetapi, rakyat sudah tidak percaya lagi kepada janji Pak Lah. Beliau sering kali membohongi rakyat dengan menipu tarikh pembubaran parlimen dan tarikh kenaikan harga minyak. Pak Lah menafikan desas-desus parlimen akan dibubarkan pada Februari lepas, tetapi beberapa jam selepas itu beliau membubarkan parlimen. Begitu juga isu harga minyak, para menterinya mendakwa ia hanya dinaikkan selepas Ogos, tetapi tiba-tiba Pak Lah mengumumkan kenaikan 41 peratus. Inilah amalan penipuan yang menjadi ’trade mark’ Pak Lah dan kini giliran Najib pula akan berhadapan dengan isu serupa. Dahulupun, Dr Mahathir berkali-kali menjanjikan Anwar sebagai Perdana Menteri, tetapi hanya tinggal janji. Lagipun, Najib bukanlah ’putera mahkota’ Pak Lah, kerana menantu kesayangan beliau juga mengidam jawatan tertinggi itu. Nampaknya Najib hanya mendapat bukan sahaja ’post dated chaque’ tetapi cek kosong!
SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

1 comments:

  1. Aminil Husaini Ahmad Sobri on 15 Julai 2008 pada 9:26 PG

    teruskan usaha

     

Kalendar Hijrah

Jumlah Pelawat

free hit counter

Ekslusif

Foto saya
Telah belajar di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Bedong, Kedah dari tingkatan 1 hingga 6 dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam bidang Pengajian Islam Syariah. Sekarang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Pengikut

Ruangan Ukhwah