Fakta Mengenai Dato' Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 9/19/2008 10:20:00 PTG in |

Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.

Walaupun Abdullah mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006. [3] Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti". Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.

Kritikan Tun Mahathir

Pada 2005, telah dikatakan bahawa di bawah pentadbiran Abdullah, terdapat suatu peningkatan yang nyata dalam kes-kes kronisme mengenai pemberian permit import (AP) untuk kereta buatan luar negara. Bekas Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad telah menyahut penyiasatan ke dalam isu tersebut. Kemudian, Mahathir mengkritik Abdullah kerana membatalkan banyak projek pembangunan yang dimulakan oleh Mahathir, contohnya pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak yang menghubungi Malaysia dan Singapura. Mahathir juga mengatakan bahawa Abdullah telah asalnya memberi kelulusan kepada tentera udara Singapura untuk terbang ke kawasan Malaysia dan menjual pasir kepada Singapura sebagai pertukaran bagi perjanjian untuk pembinaan jambatan. Mahathir melihat ini sebagai suatu tindakan yang “menjual” keluruhan Malaysia.

Pada 2006, Mahathir meneruskan kritikannya terhadap Abdullah, menuduh bahawa kebebasan media di bawah Abdullah telahpun berkurangan. Mahathir juga menambah bahawa media enggan menyiarkan komen beliau. Mahathir telah menyalahkan Abdullah kerana memecahkan janji yang dibuat oleh Abdullah berkenaan dasar kerajaan dan dalam kritikannya yang paling kuat setakat ini, mengatakan bahawa Abdullah telah mengkhianati kepercayaannya. Mahathir kesal kerana memilih Abdullah sebagai penggantinya dan mengatakan bahawa dia pada asalnya inginkan timbalan Abdullah, Najib Tun Razak untuk menggantikannya. Najib yang ketika itu pada suatu lawatan rasmi ke India, segera menyatakan sokongan tidak terhingga kepada Abdullah.

Pada Oktober 2006, Mahathir menyalahkan Abdullah kerana telah mengamalkan suatu tabiat membohong. Ia bermula ketika Abdullah telah dilaporkan mempunyai masalah dengan membuat keputusan yang efektif. Oleh itu, dia selalu menghadapi masalah apabila keputusannya menimbulkan kontroversi di kalangan orang Malaysia. Satu contohnya adalah keputusannya untuk membatalkan pembinaan jambatan yang sepatutnya menggantikan Tambak Singapura-Johor. Dalam pengumumannya, dia senantiasa menggunakan perkataan “rakyat”, dengan menganggap bahawa semua rakyat menyokong kesemua keputusannya tanpa ragu. Berikut merupakan ulasan Mahathir Mohamad:-

Umno has now become completely paralysed... Bila kawan dengan pembohong, kita jadi terdapatlah tabiat itu. Pak Lah Bohong!... Saya berasa amat sedih. Saya tahu ada rasuah. Ada money politics dalam UMNO. Ada orang yang membuat cadangan tertentu dan bertanya kepada saya apakah (adakah) sekarang ini saya perlu berhubung dengan Khairy? Siapa dianya Khairy ini? Apakah (Adakah) dia ini pegawai tinggi kerajaan? Apakah (Adakah) dia Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri? Tidak. Dia tidak. Tetapi masing-masing berpendapat mereka perlu berhubung dengan Khairy untuk meluluskan sesuatu.

Tambahan pula, kepimpinan Abdullah diragui kerana dikatakan segala tindak-tanduknya perlu mendapat kelulusan daripada menantunya, Khairy Jamaluddin.

Pengkritik telah membandingkan pemerintahan Abdullah dengan pemerintahan Mahathir, mencadang bahawa Mahathir adalah lebih berjaya dalam mengekalkan keharmonian di kalangan kaum-kaum di Malaysia.

Pada 19 Mei 2008, Tun Dr. Mahathir telah mengisytiharkan keluar parti dari UMNO di hadapan 1,000 ahli UMNO Kedah di Alor Star serta menyeru ahli-ahli lain untuk mengikut jejak beliau sebagai satu bentuk tekanan agar Abdullah meletakkan jawatan. Walau bagaimanapun, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lain dan hanya akan menyertai UMNO semula setelah Abdullah meletakkan jawatan. Pengumuman beliau keluar parti meningkatkan kebarangkalian pemulauan parti secara besar-besaran oleh ahli-ahli lain yang setia, yang berupaya memecah-belahkan parti serta menjatuhkan kerajaan.

Kebebasan media

Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan. Ini telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November 2007. Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia pantang dicabar.



Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008

Abdullah Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008. Ini kerana beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku pada hari keesokan.

Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13 Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan Parlimen, Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang bayangan mengenai pembubaran parlimen.

Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia

Pada 28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2007 (World Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke-atas, manakala keseluruhannya Malaysia hanya menduduki tempat ke-23 di dalam dunia.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Abdullah Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya. Menurut Anwar, daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.

Anwar berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.

0 comments:

Kalendar Hijrah

Jumlah Pelawat

free hit counter

Ekslusif

Foto saya
Telah belajar di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Bedong, Kedah dari tingkatan 1 hingga 6 dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam bidang Pengajian Islam Syariah. Sekarang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Pengikut

Ruangan Ukhwah