Apabila kelahiran golongan SIS (sisters in Islam), article 11, IFC dan sebagainya, pihak kerajaan tidak pernah mengambil apa-apa tindakan dari mereka, walaupun jelas, mereka sedang berusaha hendak menghancurkan Islam, melalui serangan pemikiran dan undang-undang.
Mereka mengadakan program seminar penggubalan agama islam sebagai agama rasmi yang tertulis dalam perlembagaan persekutuan, mendapat tempat dan diberi peluang menyatakan hak mereka dengan alasan kebebasan.
Apabila pemuda-pemuda Islam yang merasakan bahaya yang akan menimpa kepada Islam di Malaysia, mereka mengadakan demonstrasi bagi membatalkan seminar tersebut, lalu pemuda-pemuda islam tersebut diberi gelaran bodoh dan sebagainya serta dikenakan ISA.
Apa yang memelikkan, mereka mendakwa bahawa negara ini sebagai negara Islam, tetapi apabila isu Islam yang dibangkitkan, maka isu itu akan diherdik dan diberi peluang untuk dihina. Tetapi apabila ada pihak yang mengadakan program yang memberi kesan bahaya kepada Islam, maka pihak tersebut mendapat perhatian yang tinggi dari pihak menteri-menteri Islam Hadhari itu sendiri.
KELAHIRAN KELOMPOK SIS, ARTIKLE 11, IFC DAN SEBAGAINYA.
by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 12/22/2008 01:43:00 PG in |
0 comments:
Catat Ulasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)