Kesimpulan Dari Apa yang Berlaku.

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 12/22/2008 01:35:00 PG in |

Kesimpulannya adalah sebenarnya bahawa, kekeliruan yang timbul adalah akibat daripada pemikiran bahawa kebenaran tidak bersifat mutlak, tidak boleh dimiliki oleh mana-mana pihak, lalu mengakibatkan penafian hak orang lain mendakwa kebenaran. Pemikiran relativisme inilah yang menjadi dasar falsafah pluralisme beragama. Terdapat beberapa tokoh falsafah Barat dan Islam yang bertanggungjawab memperkenalkan idea ini, antaranya adalah Frithjof Schuon dan Syed Husein Nasr. Mereka mengetengahkan idea kesatuan agama di peringkat tinggi (the transcendent unity of religions) dan penekanan kepada agama Ibrahimiyyah. Menyedari bahaya faham kesatuan agama yang dibawa oleh dua tokoh Muslim ini, al-Attas telah menjawab argumen-argumen mereka dengan baik sekali. Al-Attas juga membuktikan bahawa apa pun alasan yang digunakan tetap tidak mampu menggeser hakikat bahawa Islam adalah agama satu-satunya yang benar dan agama lain telah tersesat. Berikut antara penegasan al-Attas mengenai kekeliruan kesatuan agama di peringkat tinggi yang menarik untuk dicermati.

Pada dasarnya, Islam Liberal merupakan ‘produk’ baru untuk menjelmakan kembali modenisme Islam di abad ke-21. Modenisme Islam telah lama muncul di kalangan intelektual Muslim dan menjadi satu pemikiran yang berpengaruh dalam dunia Islam sejak abad ke-19M. Tulisan ini bertujuan untuk melacak dan mencari penjelasan tentang akar ideologi gerakan Islam Liberal sekaligus menyorot perkembangan terbaru yang berlaku kepada trend pemikiran ini yang cukup banyak diperdebatkan dalam perbahasan ilmiah semasa. Hipotesis kajian ini adalah wujudnya kesinambungan dan pengaruh yang kuat antara sekularisme, orientalisme, pascamodenisme dan modenisme Islam dengan Islam Liberal.

0 comments:

Kalendar Hijrah

Jumlah Pelawat

free hit counter

Ekslusif

Foto saya
Telah belajar di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Bedong, Kedah dari tingkatan 1 hingga 6 dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam bidang Pengajian Islam Syariah. Sekarang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Pengikut

Ruangan Ukhwah