PLURALISMA: ISU YANG PANAS.

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 12/22/2008 01:46:00 PG in |

Saya sudah membaca isu pluralisma dan liberalisma dari akhbar-akhbar tempatan semenjak sehari dua ini. Isu ini amat hangat dibincangkan dengan hangatnya.

Setelah membaca beberapa ulasan dan pandangan-pandangan itu, penilaian yang saya buat, bahawa segala isu yang berkaitan dengan Islam, banyak tidak diberikan ruang perbincangan yang lebih adil berbanding perbincangan yang berkaitan keuntungan agama-agama yang lain dari Islam. Terutama ulasan-ulasan dari pihak media perdana, samada Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya.

Apabila Dato’ Dr Harussani mengemukakan pandangan dan cetusan pemikiran atas tindakan beberapa pihak, terutama pihak kerajaan dalam agenda mempluralisma dan mengliberalismakan agama Islam ini, seperti pengikrafan atas perayaan kongsi raya dan sebagainya. Maka banyaklah pihak-pihak tertentu menulis dan diberi ruang yang luas mengulas kenyataan itu berdasarkan kepada pemikiran dan pemahaman masing-masing didalam akhbar-akhbar perdana tersebut.

0 comments:

Kalendar Hijrah

Jumlah Pelawat

free hit counter

Ekslusif

Foto saya
Telah belajar di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Bedong, Kedah dari tingkatan 1 hingga 6 dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam bidang Pengajian Islam Syariah. Sekarang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Pengikut

Ruangan Ukhwah