Konsep Pluralisme Agama.

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 12/22/2008 01:49:00 PG in |

Dalam kehidupan di dunia ini kita menghadapi banyak kepercayaan agama, idelogi latar belakang sosil,etnik dan sebagainya.Di kebanyakkan tempat diseluruh dunia mengalami nilai-nilai pluralisme yakni kesamaan dalam agama yang membawa kepada tercetusnya perpecahan,pergaduhan malah mungkin akan membawa kepada kehancuran dunia khususnya kepada dunia islam itu sendiri.Ini kerana pluralisme itu sendiri sudah memberi maksud banyak (PLURAL) sudah tentu mengandungi nilai-nilai yang sama atau berbeza.

Bagi Negara yang pandai dan matang cara berinteraksi, bangsa atau Negara itu akan aman serta begitulah sebaliknya. Apabila semua manusia beranggapan bahawa semua agama itu sama(PLURALISME) maka semua orang boleh memeluk setiap agama yang mereka sukai.

Di Barat hal ini sudah lama terjadi. Idea ini pernah dikembangkan oleh Frithjof Schuon dan Syed Hosein Nasr. Mereka merujuk idea kesatuan seperti ini ditahap tinggi (The Transcendent Unity Of Religions) dan penekanan kepada agama Ibrahimiyyah. Di Indonesia hal ini diaktifkan. Alwi terus menggunakan al-Quran untuk mengukuhkan dakwaan beliau. Ayat 62 surah al-Baqarah dan ayat 69 al-Maidah dijadikan alasan mengukuhkan teori mereka.
Bermaksud:-
62. Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin[56], siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah[57], hari Kemudian dan beramal saleh[58], mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

[56] Shabiin ialah orang-orang yang mengikuti syari'at nabi-nabi zaman dahulu atau orang-orang yang menyembah bintang atau dewa-dewa.
[57] orang-orang mukmin begitu pula orang Yahudi, Nasrani dan Shabiin yang beriman kepada Allah termasuk iman kepada Muhammad s.a.w., percaya kepada hari akhirat dan mengerjakan amalan yang saleh, mereka mendapat pahala dari Allah.
[58] ialah perbuatan yang baik yang diperintahkan oleh agama islam, baik yang berhubungan dengan agama atau tidak.

Hal ini amat penting untuk diketengahkan kerana ia membabitkan kesucian agama islam, ini amat berkesesuaian dengan firman Allah s.w.t “sesungguhnya Al-Din disisi Allah adalah islam” ( Ali Imran ayat 19).Kini sudah terbukti bahawa agama islam ialah agama yang diiktiraf disisi Allah SWT dan ini boleh dijadikan hujah bahawa tiada agama lain yang boleh disamakan dengan agama yang diwahyukan kepada nabi Muhammad SAW.dan ini dikuatkan lagi dengan firman Allah yang bermaksud “Barang siapa yang mencari agama selain islam, tidaklah akan diterima daripadanya dan diakhirat ia akan termasuk dalam orang yang rugi” ( Ali Imran ayat 85)

Di akhir abad ke dua puluh Masehi, umat Islam dikejutkan dengan fenomena baru dalam pemikiran Islam. Golongan yang memperkenalkan diri sebagai Islam Liberal ini telah menggemparkan dunia Islam dengan isu-isu yang kontroversial dan idea-idea yang berani. Gerakan Islam Liberal cukup popular di Malaysia dan Indonesia. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari sebenarnya gerakan ini mempunyai jaringan yang luas, bukan sahaja di dunia Islam bahkan juga hampir di serata dunia termasuk Mesir, India, Pakistan, Bangladesh, Amerika, Perancis, Kanada, Belanda, Malaysia, Turki, Jordan, Sudan, Syria, Maghribi, Tunisia, Lubnan, Algeria, Nigeria, Arab Saudi dan lain-lain.

Pluralisme agama telah diperkenalkan di Barat oleh W. C. Smith dengan nama ‘universal theology of religion’. Idea ini kemudian dikembangkan oleh John Hick dan Hans Küng dan mendapat sambutan yang luar biasa oleh masyarakat dunia. Pendebatan mengenai Pluralisma pada masa kini amat hangat dibicarakan terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Aliran Sekularisme dan Islam Liberal adalah pendokong kuat dalam menyampaikan ideologi dan dakyah-dakyah serta promosi secara besar-besaran dan meluas dengan menerbitkan buku-buku yang berkaitan dengan ideologi tersebut serta mengadakan seminar-seminar diantara tokoh-tokoh Islam Liberal dan contoh isu yang diketngahkan adalah menganai Buddha Munawar Rachman dengan bukunya adalah Islam Pluralis: Wacana Kesasteraan Kaum Beriman dan satu lagi adalah Islam Ekslusif Menuju Sikap Terbuka dalam Beragama yang ditulis oleh Alwi Shihab.

Budhy menekankan wujudnya kesatuan peranan yang dibawa oleh semua agama-agama dunia iaitu mengukuhkan kesedaran akan nilai-nilai asasi kemanusiaan yang perennial. Menurut pandangan beliau, kesatuan peranan ini sangat diperlukan dalam realiti masyarakat yang mengalami kesenjangan dengan pesan-pesan agama.[33] Falsafah perennial dan perennial religion ini sepenuhnya dicedok daripada idea the transcendent unity of religions yang dicipta oleh Frithjof Schuon. Budhy mengatakan:

Al-Qurtubi menjelaskan menurut pendapat yang kuat iaitu pendapat Ibn Abbas, ayat ini telah dimansuhkan dengan ayat “waman yabtaghi ghayr al-Islami dinan…” [43]. Adapun pendapat lain yang mengatakan ayat tersebut tidak dimansuhkan mentafsirkan, terdapat syarat implisit yang terdapat dalam ayat tersebut, iaitu beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan ramai ulama’ dan mufassir mengatakan bahawa ayat ini perlu difahami sebagai satu seruan agar Ahl al-Kitab yang masih mempunyai secebis keimanan hendaklah menyempurnakannya dengan beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w., kerana keimanan terhadap Allah tidak dianggap sempurna dan tidak akan diterima tanpa keimanan terhadap Rasulullah s.a.w. Seumpamanya, amalan mereka juga tidak akan diterima sebagai amal saleh jika mereka enggan mengikuti Shari‘ah Rasulullah s.a.w.

Golongan Liberal menggunakan ayat ini untuk menjustifikasikan konsep pluralisme agama, padahal hakikatnya ayat tersebut tidak membenarkan pandangan liberal tersebut. Dengan demikian secara tidak langsung mereka menolak ayat-ayat lain yang menjelaskan kekufuran orang-orang yang menolak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Sebenarnya terdapat banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menjelaskan tentang kesesatan dan kekufuran mereka, namun ayat-ayat ini tidak diambilkira oleh golongan Liberal.[45] Seorang mufassir dikehendaki melihat sesuatu ayat sebagai sebahagian daripada keseluruhan kandungan al-Qur’an. Sebaliknya gologan Liberal cenderung memilih nas (teks) yang dianggap bersesuaian dengan fahaman mereka. Pentafsiran ayat al-Qur’an dengan menyeluruh dan tidak partial (separuh-separuh) adalah pendekatan yang betul dan dicontohkan dan dipraktikkan oleh para ulama’ muktabar.

Dalam menghadapi pluralisme agama yang mendapat dukungan daripada hampir seluruh agama-agama selain Islam, penulis ingin mengetengahkan pendekatan ilmiah (saintifik). Ini disebabkan terdapat kebimbangan pendekatan teologi tidak sesuai untuk digunakan, kerana setiap pihak memiliki teologi tersendiri, sedangkan sesuatu dialog itu memerlukan bahasa atau alat yang dapat difahami oleh semua pihak.

Pendekatan ilmiah (saintifik) dianggap lebih baik dan meyakinkan kerana ia bersifat universal. Yang dimaksudkan dengan pendekatan ilmiah ini adalah menangani persoalan ini dengan mengemukakan kajian terhadap akar pemikiran pluralisme agama. Pada dasarnya dapat disimpulkan bahawa konsep ini bukan berasal daripada komuniti beragama tetapi dari luar komuniti beragama. Walaupun wujud usaha-usaha untuk mengaitkan Ibn ‘Arabi, al-Hallaj dan al-Rumi sebagai pengasas idea pluralisme agama, namun ia tidak lebih daripada pentafsiran-pentafsiran yang subjektif.[46]

Semua agama pada asalnya berpegang pada eksklusivisme (dalam erti kata jalan keselamatan hanya ada pada agama tertentu), kerana tabi’i semua agama memang sedemikian. Jalan keselamatan adalah sesuatu yang tidak boleh ditawar-menawar. Namun, setelah golongan agama (clergy) menyedari ketidakmampuan mereka untuk mempertahankan kebenaran agama mereka secara rasional maka mereka terpaksa menyerah kepada gagasan yang ditimbulkan oleh golongan akademik (sekular).

Pluralisme agama mendapat tempat dalam ruang sekularisasi. Kajian terhadap agama yang bersifat fenomenologi yang diperkenalkan oleh pemikir Barat-sekular berusaha membatasi peranan agama dan menghubungkannya dengan pengaruh sosio-budaya. Setelah agama berjaya diletakkan dalam kerangka budaya maka ia dengan sendirinya bersifat relatif dan subjektif.

Pengaruh sekularisme terhadap konsep pluralisme agama juga amat besar. Sekularisme menawarkan pemikiran dikotomis: suci (sacred) versus hina/profan (profane); ekslusivisme versus inklusivisme. Apabila pemikiran dikotomis ini telah diterima oleh masyarakat maka pluralisme mendapat ruang dan menjadi kemestian. Pemikiran dikotomis seperti ini tiada dalam tradisi Islam, kerana Islam memperkenalkan pendekatan al-wasatiyyah. Lebih dari itu, pluralisme agama juga berakar dari wacana pemikiran pascamodenisme. Wujudnya idea no truth-claim dan relativisme akhirnya membawa kepada sikap anti kebenaran dan anti agama.



.Dengan demikian, disebut perennial religion, maksudnya adalah ada hakikat yang sama dalam setiap agama, yang dalam istilah sufi sering diistilahkan dengan religion of the heart, meskipun terbungkus dalam wadah/jalan yang berbeda. Sebagaimana dikatakan Sri Ramakrishna, seorang suci dan filsuf India abad ke-19 bahwa, “Tuhan telah menciptakan berbagai agama untuk kepentingan berbagai pemeluk, berbagai waktu dan berbagai negeri. Semua ajaran merupakan jalan. Sesungguhnya seseorang akan mencapai Tuhan, jika ia mengikuti jalan mana pun, asal dengan pengabdian yang sepenuh-penuhnya.” Demikianlah, banyak jalan untuk mendekati Tuhan. Dalam Islam, jalan itu disimbolisasikan dengan istilah syari’at dan thariqat. Syari’at merupakan hukum-hukum lahiriah (eksoteris) yang akan membawa seseorang ke hadirat Tuhan. Sedangkan thariqat merupakan perjalanan seorang salik ke hadirat Tuhan dengan cara menyucikan batin dan membersihkan diri dari sifat-sifat tercela.
• Kedua,perkara yang perlu dipersoalkan di sini ialah, mengapakah Budhy menjadikan Sri Ramakrishna sebagai rujukan dalam beragama? Pertama, agama Hindu mungkin tidak bermasalah dalam mengakui kebenaran agama lain kerana ketidakmampuan agama tersebut untuk membatalkan kebenaran agama lain.
• Ketiga, memang semua agama berusaha untuk mendekatkan manusia kepada Tuhan namun Islam menekankan bahawa jalan yang ditempuh tersebut mestilah benar agar ia sampai ke tujuannya dan tidak tersesat. Selain itu, penggunaan istilah-istilah sufi sebagai sandaran untuk membenarkan pluralisme agama adalah sama sekali tidak berasas kerana ia digunakan dalam konteks yang berbeza.
• Dalam penulisan mereka, kedua-dua penulis iaitu Budhy Munawar-Rachman dan Alwi Shihab mengatakan bahawa pluralisme agama adalah tuntutan penting untuk mencapai kerukunan hidup beragama. Atas dasar ini, sebagai syarat utama, seorang pluralis perlu berusaha untuk tidak bersikap eksklusif dan tidak mendakwa kebenaran hanya terletak pada agama yang dianutnya. Setelah itu barulah dialog dan toleransi beragama dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di sini, penulis melihat adanya pra-asumsi di kalangan golongan Liberal bahawa faktor yang menyebabkan permusuhan antara agama berlaku adalah semata-mata kerana wujudnya sikap ekslusif dalam beragama.
• Alwi menafikan hakikat bahawa Syariah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah penghapus bagi syariah-syariah yang telah diturunkan sebelumnya. Beliau juga mengatakan bahawa ayat al-Qur’an yang selalu digunakan untuk mendakwa dan menyokong eksklusivisme Islam yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai agama (din) mereka maka tidak akan diterima (oleh Allah) daripadanya” sebenarnya difahami sebagai: “hal itu (Islam) tidak hanya diperuntukkan bagi Muslim sahaja, tetapi bagi segenap mereka yang percaya kepada Tuhan sepanjang sejarah umat manusia”. Alasan Alwi ialah, Islam bermakna berserah diri, maka sesiapa sahaja yang dapat melaksanakan tuntutan iman ini dengan menyerahkan diri kepada kehendak Tuhan adalah termasuk orang yang berserah diri, sepertimana dalam konteks ayat tersebut.

2 comments:

  1. UIFPW08 on 8 Januari 2009 pada 4:14 PTG

    Thanks to have you among the blogs I read, but I do not understand the Malaysian Hello you soon

     
  2. Aminil Husaini Ahmad Sobri on 23 Januari 2009 pada 2:31 PG

    ok... welcom....

     

Kalendar Hijrah

Jumlah Pelawat

free hit counter

Ekslusif

Foto saya
Telah belajar di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Bedong, Kedah dari tingkatan 1 hingga 6 dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam bidang Pengajian Islam Syariah. Sekarang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Pengikut

Ruangan Ukhwah