Keraguan pluralisme.

by Aminil Husaini Ahmad Sobri | 12/22/2008 01:42:00 PG in |

Kata-kata ini disampaikan oleh Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria semasa Muzakarah Ulama 2006, di Ipoh pada 11 Jun 2007 lalu, seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia. Laporan itu dibuat di bawah tajuk, Fahaman Pluralisme mula menular kalangan terpelajar – Mufti. Menurut laporan itu lagi, Harussani memberikan maksud bahawa pluralisme bererti meletakkan semua agama sebagai sama. Buat Harussani, pluralisme – tidak wujud dalam agama Islam.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam, juga tidak lari daripada mengambil pendirian menolak pluralisme. Presiden ABIM, Yusri Mohamad dalam ucapannya semasa muktamar pertubuhan itu 19 Ogos 2007 lalu dipetik Malaysia today sebagai berkata, pluralisme perlu dibendung supaya tidak merosakkan masyarakat. "Fahaman ini telah menyerap ke dalam individu dan mempengaruhi seperti program kongsi raya dan berdoa bersama yang menjadi amalan masyarakat berbilang kaum di negara kita," kata Yusri seperti yang dilaporkan akhbar web itu.

Persoalan pluralisme dan kewujudannya dalam tradisi Islam inilah, antara yang cuba dijawab buku Islam & Pluralisme; sebuah kompilasi rencana oleh para sarjana falsafah dan agama, antaranya Reza Shah-Kazemi, John Hick dan Hans Kung.


Buku ini dimulakan dengan esei oleh Suratno, pensyarah Jabatan Falsafah dan Agama, Universiti Paramadina, Jakarta, yang menghuraikan pelbagai definisi pluralisme agama. Sebelum pembaca bersetuju atau tidak dengan pluralisme agama, sangat penting untuk memahami definisi sesuatu konsep itu supaya apa yang diterima atau ditolak itu menjadi jelas.

Dalam buku ini juga, penjelasan mengenai aliran-aliran eksklusivisme, inklusivisme dan pluralisme, dihuraikan dengan mendalam oleh ahli falsafah agama, John Hick. Sebelum beliau menjelaskan dengan lebih lanjut ketiga-tiga aliran itu, Hick mengajak para pembaca memikirkan keadaan semasa tentang bagaimana penganutan terhadap sesuatu agama itu dipengaruhi oleh agama yang dipegang keluarga dan masyarakat. Hick turut menjelaskan tentang sejarah eksklusiviti dalam agama Kristian sejak Council of Florence hingga Majlis Vatican kedua pada tahun 1960-an yang akhirnya mengakui keselamatan boleh diperoleh melalui mana-mana agama, itu pun masih diperkirakan eksklusif oleh Hick kerana masih melihat Kristian tetap tertinggi sebagaiman pengistilah anoyanmous Christian. Di akhir catatannya, Hick menekankan perkaitan antara pluralisme dan keamanan. Baginya, konflik-konflik berkaitan agama berpunca daripada kepercayaan bahawa hanya satu agama itulah yang benar.

Secara kebetulan, buku terbitan Middle-Eastern Graduate Centre (MEGC) ini, dikeluarkan hampir dengan masa kenyataan Harussani itu walaupun ia sebenarnya tercetus daripada fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mengharamkan fahaman liberalisme, sekularisme dan pluralisme pada bulan Julai 2005.

"Secara literal, maksud pluralisme itu sendiri tidak mengatakan semua agama sama," kata Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, dari MEGC, sebuah pusat kajian dan penerbitan yang menggalakkan isu-isu kebebasan dan masyarakat sivil.

Bagi Mustaqeem, buku ini mencari tulisan-tulisan sarjana Islam yang mengenengahkan pandangan pluralisme daripada tafsiran yang walaupun kurang popular, tetapi sah dan sesuai dengan tuntutan dan realiti semasa.

0 comments:

Kalendar Hijrah

Jumlah Pelawat

free hit counter

Ekslusif

Foto saya
Telah belajar di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Bedong, Kedah dari tingkatan 1 hingga 6 dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam bidang Pengajian Islam Syariah. Sekarang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Pengikut

Ruangan Ukhwah